16 October 2008

Manusia Hipokrit....

Aku baru je tadi bincang ngan member ak pasal manusia hipokrit... Die tanye kat ak yang die ni betul ke manusia hipokrit... Pada aku, sume makhluk yang bernama manusia pernah jadi hipokrit... termasuk diri aku sendiri.. Pada aku, sume manusia xde yang perfect.. Kekadang kite akan sentiasa tertarik bile kite tgk seseorang tu elok rupa parasnya, xkira la laki2 atau perempuan.. Kerana kite telah dikaburi dgn pandangan mata yang hanya menilai dari segi luarannya saja.. Padahal pepatah Inggeris ada mengatakan "don't judge a book by its cover" Oleh yang demikian, kekadang kite rasa kite cukup kenal dengan peribadi diri seseorang tetapi semakin banyak yang kita xtahu.. Berbalik kpd crite manusia hipokrit tadi, contoh terang-terangan yang kita sering xsedar ialah bile kita bergaul dengan kwn2 kite.. Bile kite xsuka kat seseorang 2 kekadang kite pendam je sebab kite sedar hubungan (relationship) sebagai seseorang kawan tue sangat penting dan melebihi segala2nya... Bile kite luahkan, takut2 akan tercalar hubungan sebagai seorg kawan.. Bile dinilai kembali, cara untuk meluahkan rasa yang dipendam sudah tidak berapa relevan dan ianya bergantung kepada siapa yang kita kawan.. Ade sesetengah kawan kite tu sensitif (lembik) panas baran (xpikir pjg) dan sebagainya.. Cara yang mungkin sesuai seperti yang disyorkan oleh kawan saya ialah kita lakukan dari segi perbuatan, jangan biarkan diri mereka bergantung dgn diri kita.. biar mereka merasa pengajaran dalam hidup kerana mereka sudah biasa memijak-mijak kepala orang lain.. xprihatin dgn persediaan diri sendiri dan harap orang lain yang sediakan.. Diorang ingat diorang tu hapa!!! Nilai seorang kawan tu bukan boleh dibeli dgn wang ringgit.. Kite kene ingat!! Susah nak cari kawan yang boleh menangis bersama... Kawan seronok banyak la... berlambak kat tepi jalan... siap boleh beli lagi... LELONG!! LELONG!!... Ingatlah.. Kite sebenaranya makhluk yang terbaik kat muka bumi ni.. Kite adalah khalifah(ketua) di muka bumi ini.. Masing2 ada tanggungjawab masing2 dan tahu cara melaksanakan.. jgn harapkan pertolongan orang lain kalo kite xnak bantu diri kite sendiri...
SEKIAN...

11 October 2008

Sayang....

Sayang…
Kubawa jauh rinduku
Kerana aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang…
Sesungguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini, tanpa kau disisi

Akan tetapi, kucuba cekalkan hati..

Jauh disudut hati, Ada waktu-waktunya
Aku berdoa semoga kau bahagia…


10 October 2008

Bila langit mendung...

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahummasyaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaatbuat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabilaangin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (kedaerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu,kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenisbuah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajarandaripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?

" Macam biasadengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasanamuram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebabitu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hariada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yangmencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hariesok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langitdengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu,bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya,ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itusemua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; makadengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikankamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalahdikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlahkepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yangkamu lakukan." (Surah Hud : 123)

08 October 2008

Kelahiran.....





First time ade blog sendiri nih... Ape nak tulih ek.. Tulih je la ape yang patut asalkan dapat menulis.... mana la tau dapat bagi input kat org lain ke... berkongsi pengalaman ke... Dah namanya komunikasi tanpa sempadan.. Globalisasi la katakan... Hahaha!!! Kalau ade sesape nak komen tue, komen la asalkan komen yang membina... bukan yang meruntuhkan morale aku k.... SEKIAN, secebis tinta untuk dirasa...